Suar Suer Kemuning Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Limau purut lebat di dahan
Batang selasih condong uratnya
Lapar perut dapat ku tahan
Hati kasih apa ubatnya oi !

Suar-suer kemuning
Istimewa Raja

Anaklah ikan ekornya patah
Di tepi paya pokok rambutan
Jala dah buruk belanga pecah
Itulah tanda tak dapat makan oi !

Suar-suer kemuning
Istimewa Raja

[ Suar Suer Kemuning lyrics found on http://lyrics.my ]
Ular lidi asyik ketawa
Melihat kambing mencuci kaki
Siapa kata ABoi tak lapar
Cubalah jemput makan kenduri oi !

Suar-suer kemuning
Istimewa Raja

Kucing kurus mandi di papan
Tikus panjat pokok kelapa
Budak nakal akan dirotan
Kalau tak caya tanyalah dia oi !

Suar-suer kemuning
Istimewa Raja