Usah Putus Asa (Feat. Mirwana) Lyrics

Default

Akbar - Usah Putus Asa (Feat. Mirwana)


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Tak tahu disebalik suka dan duka
Ada hikmah yang disediakan olehNYa
Jangan berputus asa bila ia menimpa
Redha dan pasrah itulah lumrah

Mahukah kita semua terus terjatuh
Hingga tiada tempat untuk kita berlabuh
Bukanlah masa untuk kita mengeluh
Bukanlah waktu untuk asyik mengadu

Dari itu jangan berpaling haluan
Ke arah matlamat yang telah kita sasarkan
Masih banyak yang belum kita terokai
Di depan pasti bahagia menanti

*
Teruslah kau terus mencuba
Lupakan segala duka lara
Usah putus asa
Segala dugaan menimpa
Pastikan nanti ada hikmahnya
Usah putus asa

Putus asa bukanlah penyudahnya
Ayuh teruskan langkah serta berwaspada
Mungkin hari ini kita berdiri luka
Esok harap menjadi milik kita semula



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/akbar/lyrics/usah-putus-asa-feat-mirwana] [ Usah Putus Asa (Feat. Mirwana) lyrics found on http://lyrics.my ]

Tulisan ini hanya luahan hati
Bukan aku menagih belas simpati
Biar apa pun kehidupan menanti
Sabar menerima ketentuan Ilahi

Kesilapan silam jadikan landasan
Hidup bukan seindah dimpikan
Terus melangkah jangan menoleh lagi
Segala yang dimpikan menjadi pasti

(ulang *)

Kita rentas bersama samudera
Layarkan bahtera harapan dan cita

(ulang *)

Itulah janji dari Ilahi
Jika kau susah diakan pasti
Teruskan mendaki puncak yang tinggi
Capailah impi lukisan hati
Cubalah engkau terus mencuba
Hingga kau tiba ke puncak jaya
Ingatlah kita semua di dunia
Bukan milik kita
Milik yang Esa
Ya milik yang Esa