Joget Sindir Pesan Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Berjalan kaki arah titian
Anak puyuh mencari makan
Andainya hati sudah berkenan
Usah tangguh buat lamaran

Jangan mata keranjang
Bila sedang berkasih
Jagalah hati sidia
Kalau sudah merajuk
Engkau yang serba salah
Apa kau buat tak kena

Pohonlah pauh ditebang tebang
Di sebelah rumah pak anjang
Di dalam tempoh sedang bertunang
Berbagai cabaran mendatang

Harus tabahkan hati



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/black-dog-bone/lyrics/joget-sindir-pesan] Fitnah usah peduli
[ Joget Sindir Pesan lyrics found on http://lyrics.my ]
Jangan bertindak melulu
Jauhkan pertengkaran eratkan kasih sayang
Bersandarkan keimanan

( korus )
Jangan hanya di masa bertunang
Berjalan berpimpin tangan
Bila sudah bersuami isteri
Tak mahu berjalan bersama

Bungalah rampai bunga kemuning
Tambah pula harum kasturi
Kalau dah sampai hari bersanding
Jangan lupa mengundang kami

Muga panjang usia dapat sama raikan
Untuk melihat mempelai
Bersanding depan ramai jangan tak tahan hati
Bila kena sindir pesan