Joget Teruna Dara Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Mari berjoget teruna dara
Hiasan manis selendang sutera
Kalau dah suka sesama suka
Apa lagi hendak dikata
Di dalam hati seia sekata

Burung serindik terbang melayang-layang
Di awan tinggi berduyun-duyun
Kuhantar tepak serih peminangan
Kunjung bicara berpantun-pantun

Bunga selasih berumpun-rumpun
Mekar melati dalam jambangan
Berbalas-balas kata berpantun
Kini terikat tali pertunangan
Berbudi bahasa bersopan-santun
Itulah dara idaman teruna




[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/carefree/lyrics/joget-teruna-dara] [ Joget Teruna Dara lyrics found on http://lyrics.my ]
Pungguk mendayu di pohon kenanga
Semoga bulan tidak berkata
Teruna dara saling berpadu mesra
Saling mencurah rasa cinta

Irama joget berlagu dendang
Teruna dara jadi pilihan
Orang yang sedang dalam pertunangan
Memang banyak sekali cabaran
Apalah lagi hendak dikenang
Teruna dan dara kan dijodohkan

Mengawan mendung gelap gelita
Tiada sinaran bulan purnama
Dirikan pelamin teruna dara
Termakbul sudah segala cita