Habil Dan Qabil Lyrics



Lyrics:

Habil Dan Qabil
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Terpercik darah di bumi renta
Permulaan kisah satu pembunuhan manusia
Hasad dengki menyalakan sengketa
Dendam jua kesumat terus membara

Habil Qabil putera Adam tercinta
Kurniaan yang cukup memberi bahagia
Habil dimusuhi kerana Iqlima
Qabil membantah penuh kecewa

Dengan keikhlasan hati yang bersih



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/far-east/lyrics/habil-dan-qabil] Habil korbankan ternakan terbaik
[ Habil Dan Qabil lyrics found on http://lyrics.my ]
Qabil memberi tanaman yabg tersisa
Menggambarkan pergorbanan yang terpaksa
Ohh..Ohh....

Bermulalah perang dua saudara
Dalam sejarah peradaban manusia
Ketulusan Habil merelakan pergorbanan
Dihadiahkan maut oleh si Qabil yang baran...

Antara Habil mahupun Qabil
Tersingkap hikmah dari kisah mereka
Insan mudah tergoda dek iblis durjana
Damai sirna sengketa bertakhta

Hasad dan dengki pemula khianat
Pencetus dendam pembiak kesumat
Dosa dan pahala syurga dan neraka
Dua pilihan di tangan manusia