Senandung Budi Lyrics



Lyrics:

Berbudi dan berbahasa

Ke mana pergi ingat sentiasa

Biarpun cantik paras dan rupa

Akhlak mulia yang lebih utama

Budi bahasa dipelihara

Sopan santun dijaga

Berbakti berbuat jasa

Nama dikenang bagai pendita

Biar bercerai jasad dan nyawa

Disebut orang di setiap masa

Jangan biar diri dihina

Kerna sifat tercela

Bunga pagi bunga di darat

Bunga seroja tepi kali

Hinanya besi kerana karat

Hina manusia tak berbudi

Ke sawah menuai padi

Bekal dilupa jangan




[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/inteam/lyrics/senandung-budi] [ Senandung Budi lyrics found on http://lyrics.my ]
Hidup bersendikan budi

Sombong jangan amalkan

Hilang bahasa kerana emas

Hilang budi kerana miskin

Budi ditabur tak hendak dibalas

Baru sempurna zahir batin

(Budi bahasa budaya kita, jadi amalan bersama...)

Bunga cina di atas batu

Daunnya lepas dalam ruang

Adat di dunia memang begitu

Kerna harta budi terbuang

Contohi akhlak mulia

Dari nabi junjungan

Walau dicaci dihina

Ditempuh dengan iman

Sarat perahu muatan pinang

Singgah berlabuh di Kuala Daik

Jahat laku lagi akan dikenang

Inikan pula budi baik