Lepas Biar Bersebab Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Sehidup semati
Itu niat di hati
Ke tengah ke tepi
Bersama direnangi
Tak dapat dinafi
Fitnah serta sangsi
Yang singgah di hati
Ku lempar ke tepi

Memperhamba diri
Demi kasih ku ini
Tak ubah seperti
Aku membakar diri
demi menerangi
Kegelapan hati
Yang semakin hari
Semakin menjadi

Aku yang kau lepas
Biarlah bersebab, bukan mengikut
Kehendak hati
Bukanlah itu, jalan penyudahnya

Tiada guna bertegang urat
Semata-mata ingin kepastian
Jikalau tertutup hati



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/liza-hanim/lyrics/lepas-biar-bersebab] [ Lepas Biar Bersebab lyrics found on http://lyrics.my ]
Maka tertutuplah segalanya

Apa yang amat aku kesalkan
Kau berubah tiba-tiba
Tanpa engkau fikirkan
Kepentingan ku
Dalam hidup mu

Hati mana tak terasa
Dibuat begini rupa
Hati mana tak tersiksa
Dibiar melara

Di sini ku seorang diri, memujuk hati
Di sini hanya airmata, mengubat sepi

Sehidup semati
Itu niat di hati
Ke tengah ke tepi
Bersama direnangi
Walau kau berjanji
Bersumpah bersaksi
Semuanya kini
Tiada bererti