Perang Sudah Tamat (Ft. Rabbani) Lyrics

Original

Malique - Perang Sudah Tamat (Ft. Rabbani)



Lyrics:

The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata

Realitinya sungguh berbeza

Berita yang ditunggu kini sedang tersebar
Seluruh umat manusia boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan malahan dibakar
Jalan dah dibuka bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman dan bergambar

Tiada lagi askar-askar luka main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar
Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacak dan bendera berkibar
Yang sembunyi keluar dah bersinar di luar
Burung besi pulang yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal tiada halilintar
Laut merah pudar jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat
Alhamdulillah

Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza
Perang sudah tamat kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia semuanya sama saja
Pembunuhan

Permusuhan
Semua syak wasangka harus dihentikan berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/malique/lyrics/perang-sudah-tamat-ft-rabbani] Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut tak diguna
Tak lagi dicari makna
Perang sudah bubar perang sudah bubar

Ganti sebiji peluru dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang dapat sebiji gitar
Mereka kata tidak mungkin aku balas benar
Cuba tutup mata baca risalah diedar
Perang sudah tamat ku nyanyi separa sedar

Perang dah tamat maaf bukan cerita sebenar
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata

Realitinya sungguh berbeza
Uthlubul Horriyah
Uthlubul Haq
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku bukan kamu ajal Dia yang tentukan
Ada Torah Zabur Injil ada Quran

Kalau Iqra' tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching

Ada Tipitaka

Ada Veda
Habis baca semua baru sedar kita tiada beza

Kita manusia lain nama dan fizikal

Persamaan utamanya kita ada akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypotetikal – tiada peta politikal
Saya orang aman saya bukan orang jahat
Saya benci perang saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza
War must therefore be made illegal