Malaysia Negara Tercinta Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Bait 1:
Cintailah Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Madinah kedua negaraku
Oh Malaysia

Bait 2:
Malaysia negaraku yang tercinta
Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan
Malaysia oh tanah airku
Jagalah kedaulatan dan keamanannya

Bait 3:
Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Isilah negara ini dengan berbagai kebaikan
Agar Malaysia makmur aman dan sempurna

Bait 4:
Setiap orang hendaklah mengisi
Mengikut kemampuan
Sesuai dengan kedudukan dan kebolehan



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/mawaddah/lyrics/malaysia-negara-tercinta] Janganlah kita nodai dengan mengkhianatinya
[ Malaysia Negara Tercinta lyrics found on http://lyrics.my ]
Kehormatan dan kedaulatan hendaklah di jaga

Bait 5:
Setiap orang hendaklah hormati undang-undang
Jangan melanggar perlembagaan negara
Buktikan kita warganegara yang setia
Kita tidak mempunyai lain negara
Selain negara Malaysia

Bait 6:
Cintakan tanah air sebahagian dari iman
Menjaga dan mengawalnya satu kewajipan
Cintailah negara Malaysia seperti menyintai diri kita
Hargailah negara kita jangan sampai ternoda

Ulang Bait 4 & 5

Bait 7:
Ya Allah cucurilah rahmat dan berkatMu
Keatas negara ini
Jauhilah rakyatnya dari bala bencana
Hindarilah rakyatnya dari sebarang persengketaan
Agar manusia hidup bahagia dan harmoni