Aidilfitri Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

bila takbir memecah sunyi
bergema pujian pada ilahi
fajar syawal menyinar kembali
umat islam menyambut aidilfitri

aidilfitri hari yang bahagia
tapi nasib kita tiada sama
setiap kali syawal menjelma
wajah dan suasana berbeza
ada yang suka ada yang duka

insaflah wahai ummat islam
janganlah leka dan suka berfoya
ingatlah pada yang tiada
hulurkan bantuan serta doa



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/nadamurni/lyrics/aidilfitri] [ Aidilfitri lyrics found on http://lyrics.my ]
bagi yang hidup juga yang mati
agar hidup sentiasa berbakti

berpadalah menyambut hari raya
jauhkan diri dari noda dan dosa
tanda kesyukuran di bulan yang mulia
setelah sebulan berpuasa
renunglah amalan yang telah dibina
supaya ia tidak sia-sia

aidilfitri lambang kemenangan
berbagai peristiwa sejarah mencatitkan
perjuangan ummat islam yang silam
untuk dicontohi sebagai panduan
berkorbanlah demi perjuangan islam
agar tetegak kalimah Tuhan