Telatah Asmara Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Umurnya masih muda
Dah pandai berasmara
Bila pulang sekolah
Dia ketaman bunga

Masa untuk belajar
Dia selalu berkhayal
Baca surat cinta
Lupa pelajarannya...

Selalu sahaja berjumpa sampai ponteng sekolah
Tiba periksa akhir tahun dia mula termenung
Dia tak sempat... mengulangkaji
Fikiran kusut... gigit jari
Resah sendiri susah... hati...



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/queen-s-sister-the-queens/lyrics/telatah-asmara] [ Telatah Asmara lyrics found on http://lyrics.my ]

Ketika diumumkan keputusan periksa
Dia menangis sedih kerna tidak berjaya
Takut ibu ayahnya melenting dan marah-marah
Dia kan ditahan tak boleh bebas lagi

Kini dia telah pun insaf belajar lebih penting
Pabila kekasih hatinya mula bersikap dingin
Rajin belajar... lupa asmara
Kawan semua rasa kagum serta berbangga
Terhadapnya...

Ketika diumumkan keputusan periksa
Dia paling gembira kerna telah berjaya
Tentu ibu ayahnya turut merasa bangga
Kerana anaknya dapat markah terpuji