Waktu Dalam Bercinta Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Waktu kita mula berpandangan
Berbungalah rasa kemesraan
Seakan pernah kita bertemu
Mungkin hanya dalam impian

Waktu kita mula berkenalan
Kau nyatakan hasratmu yang murni
Ingin dikau menjadi temanku
Dirimu masih bersendiri

Malu-malu waktu mula berbicara
Lidah kelu bila bertentangan mata

Tapi kini hatiku terasa mesra
Kasih sayang pun menjelma

Kita jalinkan
Cinta yang suci
Kita berjanji
Kasih abadi



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/roy-fran/lyrics/waktu-dalam-bercinta] [ Waktu Dalam Bercinta lyrics found on http://lyrics.my ]

Waktu kita mula bergandingan
Kau renungi sinaran mataku
Kau melihat kedalam hatiku
Hatimu hatiku bersatu

Waktu kita mula berpandangan
Berbungalah rasa kemesraan
Dalam hatiku bertanya-tanya
Mungkin dia pujaan sukma

Kerinduan pun mula mendatang lagi
Bila kita mula berjauhan diri

Ingin aku selalu disampingmu
Membelai jiwaku yang sepi

Kita curahkan
Cinta yang suci
Kita berjanji
Kasih abadi