Pantun Cinta Sayang Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Sekapur sirih di tapak tangan
Di tapak tangan dara jelita
Sirih dijampi pemanis muka
Untuk pujangga seni budaya

Kalau tiada ku katakan cinta
Sirihku ini satu tandanya
Walau tiada ku katakan sayang
Hatiku ini untuk mu tuan

Marilah kita dendangkan
Untuk menghibur dara merindu
Marilah kita nyanyikan
Untuk si dara yang tersayang
(Berpantun kasih cinta sayang)

Sekapur sirih di atas dulang



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/sanisah-huri/lyrics/pantun-cinta-sayang] [ Pantun Cinta Sayang lyrics found on http://lyrics.my ]
Datangnya dari orang ku sayang
Biarpun siang ataupun malam
Tetap ku tunggu hingga kau datang

Marilah sama berdoa
Hingga tercipta istana indah
Janganlah fikirkan duka
Mari fikirkan hari bahgia

Banyaklah orang menanam pulut
Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut
Saya seorang karam di hati

Memang begitu orang yang bercinta
Dilamun rindu setiap masa
Kalau sehari kita tak berjumpa
Tentulah hati rasa gelisah