Lagu Puisi Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

(Korus)
Lagu puisi harmoni ingin ku tujukan
Diharap akan menusuk kalbu setiap insan
Lagu puisi harmoni ingin ku pasti kan membawa
Erti makna serta senyuman

Sudah sekian lama
Aku asyik bermimpi
Bilakan tiba masa untuk ku munculkan diri
Setiap hari, diri hanya bersabar
Semangat makin bara, niat semakin tegar
Dalam hatiku, ku simpan pelbagai lagu
My dream is to fill the world with songs itu citaku
Dari muda telahku pegang kepada citaku
Kini diberi peluang untuk berlagu kepadamu
Songs make the world the go round, ni pendapatku
Ada saja lagu yang dapat gambar perasaanmu
Tika bersedih, sunyi ataupun bergembira
Ada-ada saja lagu yang menggambarkan rasa
Aku ini, dikurnia bakat luar biasa
Selalu ku bersyukur kepada yang Maha Esa
Setiap nota, dimainkan untuk semata-mata
Menceriakan sesiapa yang kini asyik berduka

(Ulang korus)

Berdirinya ku di sini berpandu satu misi
Lupakan seketika wasangka dan rasa sangsi
Dengar sebentar, sajakku bermula di sini
Berteknik baru supaya dikau akan ingati
Namaku kini, tertera di cover CD
[ Lagu Puisi lyrics found on http://lyrics.my ]
Ku cuba beri yang terbaru ngan kemunculan ni
Sekian lama, ku cari cara untuk lagukan
Supaya lagu-laguku diberi perhatian
Berwajah tampan, umur awal dua puluhan
Kini asyik mempelajari cara kehidupan
Hidupan, zaman remajaku baik dijadikan, teladan
Supaya pemuda sekarang tidak mensia-siakan
Hidup mereka, mereka tidak sedari
Satu kesilapan boleh rosakkan peribadi
Kiniku, inginkan, semua sila fahamkan
Setiap lakuan, tentu ada ganjaran

(Ulang korus)

Sekali lagi, ingin ku ulangi sekali lagi
Sepada sesiapa yang tak pernah mempercayai
Sku kini, ingin bukti betapa
Salahnya mereka yang ingin aku tak berjaya
Aku kini, semakin matang dan upaya
Mencari peluang sendiri untuk capaikan cita
Bersyukur kerana, inspirasiku ialah bapa
Menjadi contoh terbaik kan ku selalu berjasa
Walaupun kita, berbeza bidang kau dorongkan
Setiap katamu telah ku ukir di fikiran
Dikau mainkan, watak pendorong dalam hidupku
Ingin ku minta maaf sekira ada salahku
Salahku, dulu hanya tidak mendengar kata
Walaupun nasihat aku pandai buat tak endah
Kini ku sedar, dikau hanya mengasihi
Sampai sini saja, tamatlah laguku ini

(Ulang korus)