Ku Teruskan Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Sukma dan minda ini meronta
Ratapi pemergianmu untuk selamanya
Jumpa di kali akhir kurasa
Kau masih mampu membuatkan ku gembira

Kuimbas manis tingkahmu dalam rindu
Meruntun di jiwa mengenalimu
Pasrahku menguatkan
Iringi perpisahan
Kerna pedih rasa bukanlah punca ku hilang ketabahan

Tak mampu lenyapkan
Suaramu dari ingatan
[ Ku Teruskan lyrics found on http://lyrics.my ]
Menghanyutkan jiwaku ke sudut hidupmu
Aku menyesali andai kau pernah ku lukai
Kumohon kemaafan kuinsafi

Pudar menghakis memadam rasa
Akan ku pugar hingga menjadi halanya
Mekar harum kuntum kemboja
Menghiasi rantaian kasih ke sisi mu

Aku menyesali kerna kau pernah kulukai
Kumohon kemaafan... kuinsafi... kuinsafi pasti
Tuhanku... dan hidup kan kuteruskan
Kuteruskan...