Rindu Pasti Merindu Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Detik dah pun bermula
Menyeri warna hidupku
Tika kau hadir
Bagai memberi penawar luka ini
Begitu masih menjelma
Kisah pilu nan kelabu
Bukan ku sangsi
Cuma terfikir jika hadirmu
Hanya sementara

Andainya aku nanti lemas
[ Rindu Pasti Merindu lyrics found on http://lyrics.my ]
Ketika gelora menghempas durja
Masihkah kau hargai cinta
Yang ku bawa di bahtera asmara

Berkasih seteguh pada yang satu
Moga di hati tercapai hajat
Jika diuji terpisah jauh
Rindu pasti merindu
Bersamalah kita saling berdoa
Agar kita kekal selamanya
Biar derita sering bertemu
Kasihku kan selalu padamu