Mengalah Tidak Sekali Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Telah ku harung liku-liku kehidupan
Dalam mencari kejayaan
Pahit getir aku tempuhi
Ada kala sakitkan hati
Namun untuk mengalah tidak sekali

Walau berbagai cubaan datang menghalang
Aku hadapi dengan tenang
Berbekalkan semangat waja
Akan ku teruskan jua
Andai tersungkur pasti ku bangun semula

[ Mengalah Tidak Sekali lyrics found on http://lyrics.my ]
Masih terngiang lagi di telinga ku
Pesanan orang tua ku jadikan pegangan
Katanya alang-alang menyeluk pekasam
Biarkanlah sampai ke pangkal lengan

Kegagalan di masa yang lalu
Jadikan ia pedoman
Agar tidak kan kecundang
Di masa-masa hadapan
Usah kau lupa iringkan doa
Pada setiap usahamu
Moga 'kan diberkati Tuhan Yang Esa