Jangan Menangis Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Kau seumpama embun pagi
Suci di dedaunan hijau
Berkilau segar menantikan janji mentari
Ku bagai ranting luruh merantau
Mencari arah penuh ranjau
Di mana ku terlena di situlah syurga

Jangan... jangan menangis sayang
Ku tak layak dikenang-kenang
Janganlah kau berduka
Kerna ia buat ku hiba
Jangan kau bersedih
Kerana mungkin aku akan pulang
Ke pangkuanmu oh ! sayang

Kau masih muda dan memekar
Bagai bintang baru menyinar
[ Jangan Menangis lyrics found on http://lyrics.my ]
Kehidupan mu menjanjikan seribu mimpi
Ku insan biasa dalam berjuta
Mungkin lenyap ditelan masa
Walaupun berat di hati
Ku terpaksa pergi

Jangan... jangan menangis sayang
Ku tak layak dikenang-kenang
Janganlah kau berduka
Kerna ia buat ku hiba
Janganlah kau bersedih
Kerana mungkin aku akan pulang
Ke pangkuan mu oh! sayang

Sekian lama daku mengembara
Dan dikaulah gadis pertama
Yang sukar untuk ku lupakan
Wajahmu akan tetap di ingatan