Kasih Mesra Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Berkasih mesra hidupkan bahagia
Fitrah semulajadi bagidiri manusia
Itulah harta yang paling tinggi nilainya
Bersamalah kita saling menyuburkannya

Marilah kita bina
Bersama mengamalkannya
Itulah pesanan berharga
Dari allah dan juga rasul nya

Tak kira masa tak kira suasana
Walaupun di rumah ataudi tempat kerja
Hormat menghormati jadikanlah amalan
Bersama keluarga juga jiran tetangga

Marilah kita jaga
Elakkan persengketaan
Tiada faedah darinya
Kita rugi lagi merugikan



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/hijjaz/lyrics/kasih-mesra]
[ Kasih Mesra lyrics found on http://lyrics.my ]
Tak kira bangsa darjat atau usia
Insan istimewa atau insan biasa
Warga yang tua rasa diri dihormati
Pada yang muda rasa diri disayangi

Anak-anak taatilah kedua ibubapa mu
Patuhilah pesanan mereka
Hidup selamat dan sejahtera

Tuhan ku pasrah pada Mu Tuhan
Ku pohon hidayah Mu
Ya Allah Tuhan engkau yang maha pengasih, maha penyayang
Moga dosa - dosaku akan terampun
ya Allah Tuhan engkau yang maha pengasih, maha penyayang
Moga ku sejahtera di dunia dan sesudahnya

InsyaAllah dengan keizinanMu Tuhan
Aku akan bersedia bila waktunya tiba
Aku sentiasa mematuhi rukun dan perintahMu
Ini janjiku pada Mu Tuhan