Indahnya Lebaran Lyrics



Lyrics:

Fajar Syawal menjelma dengan cahaya
Suara takbir sayu memuji yang Esa
Sebulan kita menahan lapar dahaga
Kini masanya meraikan kemenangan kita

Ketupat rendang dah sedia di meja
Anak cucu pulang meriah suasana
Lupakan sengketa buka pintu maafnya
Satukan hati di hari yang mulia

Raya raya selamat hari raya
Hati gembira senyuman manis di muka
Maaf zahir batin buang segala duka
Kita raikan cinta di hari yang mulia

Raya raya selamat hari raya
Tangan berjabat cinta di bina
Duit raya di tangan riang si kecil semua
Indahnya lebaran kita bahagia
Ehhhhhhh

Assalamualaikum, cik nak raya
Ha, masuk masuk masuk
Jangan malu malu



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/ical-mosh/lyrics/indahnya-lebaran] Tambah kuih tu tambah
Yang tu kenapa duduk luar tu?
Masuk masuk masuk
Ambik kuih tat tu, tambah lagi
Air tu, tuang tuang tuang
Ha, minum jangan malu malu

Baju kurung baju melayu segak bergaya
Ziarah menziarah tradisi yang takkan lupa
Biar pun jauh doa tetap bersama
Moga syawal ini bermakna buat semua

Ketupat rendang dah sedia di meja
Anak cucu pulang meriah suasana
Lupakan sengketa buka pintu maafnya
Satukan hati di hari yang mulia

Raya raya selamat hari raya
Hati gembira senyuman manis di muka
Maaf zahir batin buang segala duka
Kita raikan cinta di hari yang mulia

Raya raya selamat hari raya
Tangan berjabat cinta di bina
Duit raya di tangan riang si kecil semua
Indahnya lebaran kita bahagia