Jiwa Gagah Lyrics



Lyrics:

Roda dua atau empat, tetap pecut di lorong sempit,
Jam mengaum, buat jiwa aku terkadang rempit
Lampu merah pandang aku macam palat
Brek pelan pelan , takut nanti ada yang tersagat

Jalan jem itu biasa, aku dah katam peta,
Kanan kiri penuh wajah tak sabar nak ke meja kerja,
Hon bersahut, enjin panas macam bara,
aku tetap diam, hati pegang sabar dalam dada

bila lampu hijau itu adalah peluang,
pedal ditekan, tak pandang belakang walau ada ruang,
Tak kira halangan, matlamat tetap sama,
Punch in tepat masa, itu tanda jagakan nama.

Fokus di jalan, jangan hilang hala,
Biar dunia riuh, aku simpan suara,
Lidah orang orang laju macam angin liyar,
Aku pegang stereng – itu cara aku biar.

sampai di tempat kerja
Tak semua cerita layak masuk telinga,
Tak semua drama patut kita bawa ke meja,



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/latipah/lyrics/jiwa-gagah] Biar kerja jadi bukti siapa kita,

Kadang di lorong, telinga tangkap bunyi pelik,
Gosip berputar macam roda tak pernah letih,
Dari luar pagar sampai bilik pejabat,
Cerita tak sahih bertebar macam surat tak ber alamat.

Aku senyum, langkah terus, biar masa yang jawab,
Orang sibuk mengumpat, aku sibuk tambah tahap,
Beban kerja dari muda sampai yang tua,
Semua nak menang, tapi siapa yang akan setia?

Aku tak mahu hanyut dalam arus sia-sia,
Tenaga ini mahal, biar untuk yang berharga,
Kerja aku bukan sekadar makan gaji,
Ini amanah – maruah, bukan sekadar janji.

Fokus di jalan, jangan hilang hala,
Biar dunia riuh, aku simpan suara,
Lidah orang orang laju macam angin liar,
Aku pegang stereng – itu cara aku biar.

Tak semua cerita layak masuk telinga,
Tak semua drama patut kita bawa ke meja,
Biar kerja jadi bukti siapa kita,
Biar diam tapi hasilnya luar biasa.