Khayal Lyrics



Lyrics:

Ku khayal x5

Verse 1 (Malique)
Salam perkenalan,moga cinta tidak berkekalan
Wujud kecekalan yang dilucut kekebalan
Siulkan adunan,alunan kata aluan
Enak semerbak haruman, diiring tegak paluan
Berikan laluan pada yang tiada haluan
Tuk bunyi apa yang kau punya keterlaluan
Lamun dan mimpi, mimpi dan laungan
Raung dalam mimpi, satu pertarungan
Kalungan mas putih, anak dara main mata
Puitis sungguh pandainya, hamba main kata-kata
Kan kehidupan satu permainan
Dan yang bosan dengan kekalahan mencari kelainan
Siapa kan menang?
Khayalan menjelma, kenapa menghilang
Dulu berdesing nah kenapa diam ( diam )
Diam, seribu bahasa kulafazkan kau ku maafkan
Tersindir, terpinggir, melayani perasaan

Chorus (Malique)
Ku khayal
Biarkan ku sendiri, ku khayal
Kenapa harus peduli, ku khayal
Kenapa mahu sakiti, ku khayal
Ku khayal

Verse 2 (Malique)
Hey Yo!
Rata-rata kata ku dah tak laku
Sudah berubah tingkah laku, jangan merapu
Aku terharu, kau terpaku, tapi jangan ragu-ragu
Jangan garu-garu, tangan satu dalam saku
Tarik nafas segar, cuci paru-paru
Ikut nyanyi jampi serapah terbaru
Mantera beradu, dengan irama dan lagu



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/malique/lyrics/khayal] Gong bertalu-talu, jerat kuman berkumandang yang berlalu
Huh,mana gerangan bintang berangan
Pekik kata menyanyi, rompak terang-terangan
Pulang bertapa tiga tahun aku pinta peperangan
Realiti musuhku setuju angkat tangan
Buai tinggi-tinggi, sampai puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Ku bukan rupawan, ku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman menawan

chorus

verse 3 (Malique)
Ay yo
Bebas tak berantai hidup tak bertuan
Tiada tujuan, tiada tumpuan, tidak keruan
Tidak berwang tak berkasih tetap tak meminta
Pejamkan mata raba pelia dalam gelita
Baranya jangan dihembus simpan dalam hati
Kenapa cuma bila khayal kita berani mati
Mau jadi jaguh tapi lena dalam perang
Sembunyi dalam gelap lari bila terang
Bersependapat walau tak bersependapatan
Diculik jasad perampas tunggu pampasan
Lidah yang hasad tergolek dek ketangkasan
Berasaskan firasat jangan bahaskan
Budak belasahan nah kau rasakan
Asakan asli pasti masakan bajakan
Baca hipokrasi klasik pacakan metafora
Flora, pola yang hanya tumbuh di gelora
Ku khayal

Chorus

Outro (Malique)
Tiga ratus pendekar benam puluh hantu
Tujuh lekur sakti ku mari tikam batu
Lidahku kerisku menari-nari
Keris bukan sebarang keris namanya Taming Sari