Jauhi Dadah Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Jauhi dadah
Enam jahanam
Marilah bersama kita perangi

Wahai generasi muda
Engkau aset bangsa dan negara
Besarkanlah jiwamu
Binalah masa depanmu yang gemilang
Besarkanlah jiwamu
Binalah masa depanmu yang gemilang

Berkhidmatlah pada manusia
Janganlah musnahkan hidupmu
Najis dadah tinggalkan
yang merosakkan dirimu dan bangsamu
dan bangsamu
Engkau akan mati sebelum mati

Najis dadah enam jahanam
adalah musuh yang merbahaya
Rosakkan jasad , akal dan jiwa
Hindarilah

Manusia rosak jiwanya
Hilang maruah dan wibawanya
Keluarga musnah, negara rugi, bangsa terhina
Oh generasi muda
Sayangilah dirimu

Apabila khayal menimpa
Engkau lupa segalanya
Engkau lari dari Tuhan
Kau kehilangan segalanya
Kau lari dari Tuhan
Ke neraka dunia
Yang menyiksakan



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/mawaddah/lyrics/jauhi-dadah]
[ Jauhi Dadah lyrics found on http://lyrics.my ]
Janganlah mudah terpesona
Dengan suasana dunia
Lebih-lebih lagi jangan tergoda nafsu syaitan yang durjana
Yang durjana
Musuh besar yang tak nampak oleh mata

Masa muda hanya sekali
Jangan sia-siakan diri
Kematian itu pasti akan terjadi
Dunia hanya sementara
Akhirat yang kekal selamanya
Bersiap sedia untuk kesana
Jangan buang masa
Oh generasi muda
Persiapkan dirimu

Mari perangi enam jahanam
morphin, heroin, ectasy dan ganja,
candu dan syabu semua merosakkan
membawa kita pada kemusnahan

Marilah kita kembali pada Tuhan
Dia Pembela harapan kita
Janganlah kita berputus asa
Dengan rahmatNya diampunkanNya kita

Bangunkanlah akalmu
dengan ilmu dan pengalaman
Besarkanlah jiwamu
Dengan cinta dan takut Tuhan
Didiklah nafsumu
Jangan cinta dunia
Hidupmu kan bahagia
dalam redha Tuhan
Oh generasi muda
Jauhilah dadah
Jauhi dadah