Tiket Ke 1980 (feat. Malis) Lyrics



Lyrics:

Mari bercerita tentang kalau
Kalau diberi mesin waktu
Buat memeluk kegalauan masa lalu,
Tahun mana yang kau paling rindu?
Atau, tahun yang kau tak pernah lalu?
Seperti apakah kisah itu?
Harapnya ada kau dan aku
Dan apa pun yang terjadi masa itu
Harapnya, ia tidak berputar laju-laju
Kerana tiap ada ku dan ada mu
Bahagia pasti singgah selalu
Dan waktu sentiasa cemburu tanpa segan silu
Semoga memori ini tidak hilang terburu-buru




[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/megat-fazly/lyrics/tiket-ke-1980-feat-malis] Aku ada tiket ke 1980
Beranikah kau ikut aku hidup di zaman dulu?
Tukar sedikit gaya pemakaian busanamu
Dan tak lupa juga dengan rambutmu

Naik kereta api
Merentasi imaginasi
Kita berdua, bersama

Seperti filem yang tak terjangkakan
Apa pun boleh jadi jika ada kreativiti
Ikutlah aku, tulis sedikit skrip
Supaya ada cerita engkau dan aku

Macam dalam filem,
Apa-apa pun boleh jadi, kan?