Selangkah Lyrics



Lyrics:

Ku harus
Selangkah di depan barisan
Lari, pedang menghayun
Curi hanya yang ku tak mampu
Semualah tu!

Selangkah, elakkan ditahan
Ku tak cari musuh
Mereka tak faham keadaan

Licik!
Jahat!
Degil!

Nahas! Cuba lagi, sayang
Kepung dia
Di belakang
Aku terhimpit kerna tersepit
Siapa nak tolong aku?

Kesian Aladdin, nasib badan
Sentiasa dalam buruan
Tak habis-habis susahkan orang
Nak makan nasi, terpaksa curi
Nanti jumpa lagi mak cik yang garang

Selangkah sebelum dihempuk
Nasibku tak menentu
Baik kuguna nama palsu

Selangkah hindari pemburu
Jangan kena perangkap
Mari jalan berpusing satu blok

Berhenti!
Biadab!
Abu!
Skandal!

Lembutkanlah hati
Kurasa dah jatuh hati
Nak makan nasi, terpaksa curi
Takkan nak makan arang

Rarh!

Selangkah, baru dapat tepis
Lompat, jangan berdebat
Helah mengelak bencana
Mereka di belakang kita!

Ayuh
Apa tunggu lagi
Cepat angkat kaki
Lompat ataupun terbang!