Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires] Lyrics

Original

Sekumpulan Orang Gila - Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) [OST KL Vampires]



Lyrics:

Bulan purnama terangi rinduku yang sayu
Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu
Langit gelita sematkan bintang di dadamu
Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu

Angin bersiul
Bersiul hembus
Menghembus luka
Dingin menusuk
Menusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yang gelap



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/sekumpulan-orang-gila/lyrics/pelukan-angkasa-feat-shila-amzah-ost-kl-vampires] Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa

Kalian takkan mampu
Mampu memecahkan bongkah ini
Rangkul tanganku
Kita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa, dua dunia
Ingin mengecap damai bahagia
Tahukah bahawa cinta itu satu dosa?

Pangkulah aku wahai semesta
Katakan cinta itu membebaskan
Peluklah aku wahai angkasa
Hangatkan tubuhku di alam khayalan