Tari Lebaran Lyrics


Video: No video yet. Post a video for this lyrics

Lyrics:

Usah bergundah pada kisah lama
Itu hanya mainan semuanya
Ayuh satukan rentak di jiwa yang beradat
Dengan tari lebaran kita berpencak

Pukullah tabuh mengikut irama asli
Bukanlah syarat tapi turutkan naluri
Menyambut syawal tiba anak-anak perkasa
Teruskan semangat ramadan yang mulia

Tari lebaran bukan tari cipta mendayu
Hanyalah alunan irama melayu

Jikalau membakar lemang
Janganlah sampai jadi rentung
Jikalau berpencak di lebaran
Janganlah lupa sopan santun

Hey! Kok sambung merebus ketupat



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/sheqal/lyrics/tari-lebaran] [ Tari Lebaran lyrics found on http://lyrics.my ]
Jaga jangan sampai berkulat
Oh adik abang hanya nasihat
Ikutlah cakap emak bapak

Bertamu mengikat rindu
Bermaafan di pagi syahdu
Kasih pak tua kat anak cucu
Tidak terlupa hey duit saku

Bertanjak biarlah berentak
Pewaris adat pusaka bangsa
Biar bergoyang lenggang berseni
Tari lebaran di kenang jua

Bertamu mengikat rindu
Bermaafan di pagi syahdu
Kasih pak tua kat anak cucu
Tidak terlupa duit saku

Tidak terlupa hey duit saku