Di Matamu Lyrics



Lyrics:

Setiap apa yang kita impikan
Tak semua menjadi kenyataan
Hiduplah dalam kebenaran
Kenyataan akan lebih jujur dari penantian

Apakah kau cuba untuk menafikan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasih mu

Apakah kau tak mampu untuk menentukan
Di antara kaca dan permata
Betapa telahan mu
Memaksa ku mengundurkan diri

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/sufian-suhaimi/lyrics/di-matamu] Dan kau membuang diriku sesuka hati mu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu

Namun jika ku diperlukan, dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu
Namun jika ku ditolak, tak diperlukan
Buang segala tentang ku

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku sesuka hatimu
Dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar betapa hinanya
Ku di matamu