Setahun Sekali Lyrics



Lyrics:

Raya dulu-dulu walaupun tanpa wang
Baju cuma sepasang
Gurau senda tawa bersama
Nikmat paling berharga

Ingin jumpa tidak bersungguh
Hingga kita lupa masa tak bertangguh
Penghujung kan tiba
Jangan nanti kesal
Tiada gunanya

Satu-persatu
Kian kurang
Kian hilang
Makin kosong
Tanpa bayang

Detik berlalu takkan berulang
Hanya cerita yang dikenang
Selama-lamanya

Juadah di meja tidak terjamah
Mata menatap skrin tak sudah-sudah
Hingga terlupa wajah tersayang
Sanak saudara

Suara bingit kota
Takkan mampu hilangkan sunyi dalam dada
Padamkanlah semua
Ego dan dendam
Bersatu kasih semula

Katakanlah rasa rindu seikhlasnya
Sebelum nanti menjadi suara sepi
Pulanglah selagi ada
Insan yang menanti

Suatu hari takkan sama
Janji temu bukan jaminan
Hargailah ayah bonda
Sementara semua masih ada

Setahun sekali
Raya datang lagi
Sembang-sembang depan TV
Gebang bersama famili

Setahun sekali
Raya datang lagi



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/3p/lyrics/setahun-sekali] Raikan dengan senyuman yang berseri

Dengan masa yang ada
Dengar suara ayah bonda
Segala hanya pinjaman sementara

Dengan masa yang ada
Takbir yang bergema
Nyalakan pelita bersinar cahaya

Suatu hari takkan sama
Janji temu bukan jaminan
Hargailah ayah bonda
Sementara semua masih ada

Setahun sekali
Raya datang lagi
Sembang-sembang depan TV
Gebang bersama famili

Setahun sekali
Raya datang lagi
Raikan dengan senyuman yang berseri

Setahun sekali
Raya datang lagi
Sembang-sembang depan TV
Gebang bersama famili

Setahun sekali
Raya datang lagi
Raikan dengan senyuman yang berseri

Masa yang ada
Suara ayah bonda
Segala hanya pinjaman sementara

Masa yang ada
Takbir yang bergema
Nyalakan pelita bersinar cahaya

Setahun sekali
Jangan sia-sia

Setahun sekali
Jangan sia-sia

Kini dan nanti tidak serupa
Kerana yang menunggu di laman itu
Mungkin suatu masa
Tinggal kenangan