Anggerik Desa (with Hazra) Lyrics



Lyrics:

Apa dipandang kepada anggerik
Tumbuhnya liar di dalam hutan
Mekar sehari besok binasa
Sebelum layu sudahpun mati

Bukan memandang cantik
Pokok pangkalnya hati berkenan
Kalau sesuai budi bahasa
Sampai ke kubur bersatu hati

[Korus 1]
Bunga anggerik yang permai
Memang molek dipakai
Bunga anggerik yang permai
Memang molek dipakai

Banyaklah bunga di dalam taman
Apalah guna anggerik di desa
Molek pun tidak, wangipun bukan
Tidak sesuai untuk disunting

Sungguhlah puan bunga idaman



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/alun-tradisi/lyrics/anggerik-desa-with-hazra] Indah kerana budi bahasa
Bukanlah cantik di tengah pekan
Cantik berbuai dihujung ranting

[Korus 1]
Bunga anggerik yang permai
Memang molek dipakai
Bunga anggerik yang permai
Memang molek dipakai

Bunga berseri disinar malam
Kumbang menari dengan cahaya
Alam kekasih bunga dikarang
Anggerik tak mungkin menukar ganti

Sudah menjadi aturan alam
Bunga penyeri taman bahagia
Kumbang memilih bukan sebarang
Anggerik di desa pujaan hati

[Korus 2]
Bunga Anggerik di desa
Indah budi bahasa
Bunga Anggerik di desa
Indah budi bahasa