Mahakarya Lyrics



Lyrics:

Jalan cerita hidupmu penuh teka-teki
Sarat derita mengundang curiga pada diri.

Belum habis kau hela nafas lega
Kembali ditampar sengsara
Puas kau mengeluh tanpa sudah.

Engkau masih pejuang
Berwajah ceria di balik resah
Kerana masih kau yakin pada pengatur cerita nan mahakarya.

Episod lara ini hanya secebis karya-nya
Mengajar kau percaya “it’s okay to not be okay”.

Sempurna serpihan teka-teki hidupmu
Diiring babak air mata duka



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/aniq-muhai/lyrics/mahakarya] Tak mengapa kau bersedih di pertengahannya.

Engkau masih pejuang
Demi pengakhiran cerita bahagia
Kerana bayarannya derita bahkan air mata hingga hujungnya mahakarya.

Derita itu laksana pasir jerlus yang menarik tubuh
Semakin bergelut semakin membenam
Hanya kau perlukan sedikit ruang waktu dan utuh serahanmu
Pada sang pengatur mahakarya.

Engkau masih pejuang
Berwajah ceria di balik resah
Kerana masih kau yakin pada pengatur cerita nan mahakarya.

Engkau masih pejuang
Demi pengakhiran cerita bahagia
Kerana bayarannya derita bahkan air mata hingga hujungnya mahakarya
Kerana bayarannya derita bahkan air mata hingga hujungnya mahakarya.