Batu Hitam (feat. Ruffedge) Lyrics



Lyrics:

Gelaran takzim Al-amin tercipta
Kala Rasulullah melerai sengketa
Siapa yang lebih layak untuk meletak
Batu hitam ke penjuru Kaabah

Batu Hitam mendapat nama
Bila ramai pendosa menciumnya
Batu sakral berasal dari syurga
Dari putih jadi hitam warnanya

Alhajarul aswad hanya batu biasa
Tetapi tanpanya Kaabah tidak sempurna
Sehingga Rasulullah telah mengucupnya
Maka jadilah ia sunnah Baginda
Sunnah Baginda

Tika banjir besar di zaman Nabi Nuh
Sebahagian Kaabah telah runtuh
Hajarul aswad dijaga Malaikat
Diletakkan di tempat asalnya

Batu Hitam mendapat nama
Bila ramai pendosa menciumnya
Batu sakral berasal dari syurga
Dari putih jadi hitam warnanya

Alhajarul aswad tempat diperkenan doa
Dengan izin-Nya hajat dikabulkan Allah
Jaga hati dan akhlak ketika menciumnya
Agar tidak sampai menghina Rumah Allah

Ooo…
Ooo…



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/hafiz-hamidun/lyrics/batu-hitam-feat-ruffedge] Ooo…
Ooo…

Seluas padang pasir nun megahnya teguh Kaabah
Disaksi Hajarul Aswad tertulis sejarah gagah
Batu bukan alang-alang mercu yang tersuci
Ada simpan rahsia-rahsia di balik janji

Asal putih jadi hitam ada sebab dijadi
Dosa-dosa dicuci, hati berubah makin disuci
Rasulullah yang mulia menciumnya penuh hikmah
Sunnah Baginda pegangan jadikan satu Amanah

Sujud di depan Kaabah
Hati tunduk berdoa
Matikan dosa
Jalan lurus yang ditata

Teguhkan iman batu hitam di takhta
Kesuciannya dijaga, dijaga, dijaga

Begitu hati manusia
Hitam kelam diselaput dosa
Dengan taubatan nasuha
Bersungguh dan tidak lagi mengulanginya
Itulah penyuciannya
Kembali bercahaya

Alhajarul aswad tempat diperkenan doa
Dengan izin-Nya hajat dikabulkan Allah
Jaga hati dan akhlak ketika menciumnya
Agar tidak sampai menghina Rumah Allah

Alhajarul aswad tempat diperkenan doa
Dengan izin-Nya hajat dikabulkan Allah