Yang Pertama (Ft B-Heart) Lyrics



Lyrics:

[Kmy Kmo]
Istana dibina dulu penuh dengan impian
Tapi kini dindingnya reput dimakan perasaan
Dulu kaulah permata zamrud emas dan berlian
Tapi kini tiada lagi madu juga manisan
Tiada lagi hiasan manis bila berbicara
Hanya tinggalkan kenagan manis dahulu kala
Kenagan kita bersama mesra bercengkerama
Kenangan bersama dalam langkaran yang pertama

Hilang semua harapan impian tak kekal lama
Kini kita meningggalkan kesan cinta bersama
Tiada lagi yang suka bila duka dah menjelma
Jadi pereput hati tambah dengan air mata
Air mata berdarah sanggup mengalir di pipi
Tanda agungnya rasa kasih bersemi ini
Terimalah takdir ini yang dirancang kita
Kita hanya merancang jodoh datang darinya

Drama cinta hanya di dunia
Tak kan sama cinta ku padanya
Maha esa, maha pencipta,
Itu lah cinta ku yang pertama,
Cerita cinta kekal dah beribu,
Cinta adam dan hawa bersatu,
Itu lah cinta agung dari dulu,
Bukan kini cinta hanya pada nafsu.

[B Heart]
Hujan jatuh ke muka katanya ianya hampa
Hati dan minda berkata tak perlulah bersua
Kuingatkan cintaku teguh kekal bermesra
Rupanya senang retak pudar musnah bagai kaca
Hidup seorangan, banyak mimpi dan berangan
Kau tidak lagi manusia,bagi ku kau binian
Lemah lembut sopan,tuturan pergaulan
Cantik pada muka,cantik juga perasaan
Kau bagai kunci hatiku kalau hilang ku resah

Tanpa kamu aku bagaikan pokok tiada buah
Ini cinta wahai dinda tak perlu kau tolak tambah
Sah... cinta memang susah



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/kmy-kmo/lyrics/yang-pertama-ft-b-heart] Tapi kalau kita mau ada lagi jalan mudah
Fikirlah wahai sayang dengarkanlah hati ini
Pegang lah tangan ku kita keluar dari mimpi
Tak perlu kita terus hidup di alam fantasi

[Kmy Kmo]
Drama cinta hanya di dunia
Tak kan sama cinta ku padanya
Maha esa, maha pencipta,
Itu lah cinta ku yang pertama,
Cerita cinta kekal dah beribu,
Cinta adam dan hawa bersatu,
Itu lah cinta agung dari dulu,
Bukan kini cinta hanya pada nafsu.

Nota terakhirku tinggalkan ia dibibirmu
Biar kekal lama disitu dan kau tak kan jemu
Lupakanlah semua cerita cinta yang fana
Yang jauh dah tergelam tak kan muncul selamanya
Tak kan ku mengerti lagi apa erti cinta
Semua terbukti kata cinta kau hanya dusta
Buat apa berduka jika kaulah puncanya
Ikutkan hati mati ikut jiwa merana
Tiada maaf bagi mu untuk ku toleh kembali


Tiada maaf bagi mu untuk ku toleh kembali
Yang depan ku hadapi, yang pergi biarkan pergi
Tak kan lagi dengar suara ku berlagu bayu
Tiada ucapan malam sebelum kau beradu
Muzikmu,lirik ku,potret mu,seni ku
Kini dah tercatat dalam riwayat hidupku
Yang terlebih biar aku memohon kemaafan
Sekecil mana pun biarkan sebesar kuman

(Kmy Kmo)
Drama cinta hanya di dunia
Tak kan sama cinta ku padanya
Maha esa, maha pencipta,
Itu lah cinta ku yang pertama,
Cerita cinta kekal dah beribu,
Cinta adam dan hawa bersatu,
Itu lah cinta agung dari dulu,
Bukan kini cinta hanya pada nafsu.