Mikraj Agung (with Ustaz Faizan) Lyrics

Original

Munif Ahmad - Mikraj Agung (with Ustaz Faizan)



Lyrics:

Mikraj Agung
Kala hening malam
Tika sunyi alam
Diutus makhluk bercahaya
Undangan barokah
Belai duka di jiwa
Kelana ke puncak istimewa

Perjalanan agung kekasih Allah
Di Bulan suci di malam indah
Terhubung dua qiblat
Iktibar untuk umat
Bumi bertuah penuh sejarah

C/0 1
Israk Mikraj darinya kepadanya
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Terbuka tujuh petala semesta
Tersingkap rahsia akhir dunia
Terserlah unggulnya suatu mukjizat
Betapa yang lama menjadi singkat
Ternyata keimanan lampaui logik insan
Dan As-Siddiq telah membuktikan




[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/munif-ahmad/lyrics/mikraj-agung-with-ustaz-faizan] Bridge

Israk Mikraj menyuluh arah
Langkah kita umat baginda
Solatlah itu tangga mulia
Seolah ke Sidratul Muntaha
Solatlah Mikraj hamba

C/0 2
Israk Mikraj darinya kepadanya
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Terbuka tujuh petala semesta
Tersingkap rahsia akhir dunia
Terserlah unggulnya suatu mukjizat
Betapa yang lama menjadi singkat
Israk Mikraj mukjizat di kemuncaknya Solat
5 waktu yang mengangkat darjat

Kala hening malam
Tika sunyi alam
Diutus makhluk bercahaya
Undangan barokah
Belai duka di jiwa
Kelana ke puncak istimewa
Isra’ miraj tanda keagunganNya
Isra’ miraj tanda kekuasaanNya