Bumantaraya Lyrics



Lyrics:

Sepurnama sudah
Esa hilang dua terbilang
Telah ruyung dibelah
Sagunya dibawa pulang

Luar biasa
Sebulan berhari raya
Peluang rupanya
Berjasa bakti sesama
Indah bukan budaya kita?

Biru warna bumantara
Seusai hujan mereda
Nafi tiada siramannya
Rahmat sejagat buana

Tidakkah dianjur kita
Bergembira di hari raya?
Sebagai buktinya takwa
Hari raya syiar kita

Ziarah kunjungan



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/rabithah/lyrics/bumantaraya] semai rukun bermaafan
saling berkasihan
Berdendam sengketa jangan
kuat lilit dek simpulnya

فَرَحُ يَوْمٍ سَنًا
كَسَمَاءٍ مُلَوَّنَةٍ سَنَا
صِلَةُ الرَّحِمِ نُورًا
تُحْيِي الوِدَّ جَفَاءً

Hulurkanlah kasih mesra
Tanda daulat syiar kita
Seumpama bumantara
Benderang patuh titah-Nya

Biru warna bumantara
Seusai hujan mereda
Nafi tiada siramannya
Rahmat sejagat buana

Tidakkah dianjur kita
Bergembira di hari raya?
Sebagai buktinya takwa
Hari raya syiar kita