Salam 1001 Lyrics



Lyrics:

Ku persembahkan ritma dan puisi,
Sebelum jasad ku mengundur diri,
Salam gurindam pementasan hati,
Hanya berteman kamu dan melodi

Salam tuan hamba ku susun 10 jari,
Memohon terima kasih ini ikhlas dari hati,
Aku eluxhy dharma siQma masih lagi,
Ku susun elok elok dalam satu jati diri,
Dua tahun menyepi akur dalam gerak geri,
Jatuh turun naik masih tetap ku bangun lagi,

Cermin ku serpih sekarang bercantum kembali,
Ingat kata mama jangan pernah kamu undur diri,
Dulu kias lagu untuk semai perasaan,
Ubat lawan nafsu pujuk rayunya fikiran,
Dulu pernah ditumbangkan 2 perwatakan,
Sekarang ku cuba atur 4 watak berasingan,
Pantun tak akan hilang selagi tak hilang melayu,



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/siqma/lyrics/salam-1001] Syair tak akan hilang selagi tak hilangnya lagu,
Seloka gurindam takkan hilang begitu,
Selagi ada nyawa kekal dalam tubuh aku,

Bukan yang tersirat tapi ini kenyataan,
Aku bukan aku kalau aku tiada tuhan,
Yang mana terbaik itu datang dari dia,
Nyatanya aku hanya boneka dunia,

Salam kemaafan jika ku tersalah kata,
Jari yang menulis ini benar dari hamba,
Pena jadi saksi yang benar dari dia,
Mana yang salah cuba betulkan semula,
Salam undur diri hamba beralaskan nafas,
Mata memerhati pasti ku bertindak balas,
Jika tak menjawab jangan cari isi gua,
Pergilah berguru carilah kunci sebenar,

Buai tinggi tinggi biar sampai hujung atap,
Sampai nampak langit cita cita kita dakap,
Cari ilmu tinggi dengan bismillah diucap,
Cuma ingat ilmu tinggi perlu beralaskan adab.