BILA RAYA Lyrics



Lyrics:

Bila raya pasti banyak bertanya,
Ada kala macam peguam negara
Dah berjumpa, (alahaii) nak mengata, (aduhai)
Baru seminit dua, muncul tiba

Hari raya menziarahi saudara
Lama tak jumpa saling bertegur sapa
Dari mana, (bandaraya) dengan siapa, (sorang aja)
Jawapan tiap tahun asyik sama

[Pre-chorus]
Bila nak berdua? (alahaii)
Jangan tunggu lama (alahaii)
Acik nak kau tau (apebende)
Mak kau nak menantu (mana acik tau)
Dia pernah kata (apa pula)
Umur dah makin tua
Kalau dah sampai jodoh tak ke mana

[Chorus1]
Hari raya yang mulia, raikan sesama kita
Silaturahim bersama, paling penting kita jaga
Saling berkunjung, jalinkan kasih
Moga semua ibadah diberkati




[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/tigebadek/lyrics/bila-raya] [Chorus2]
Bertegur sapa berpada pada
Sesama kita
Setahun sekali kita jumpa
Jaga tutur kata

[Kompang bridge]
Ketupat daun kelapa, dimakan dengan kurma
Ingat janganlah lupa, pada tak mampu bersama
Baju Melayu kita, memang tradisi lama,
Bermaafanlah kita, jauhkan sengketa lama...

(Music Solo)
-
Cukup sebulan kita berpuasa
Dengan ibadah kita rebut pahala
Kini Syawal telah muncul tiba
Bersyukur kita pada yang Kuasa

[Pre-chorus]
[Chorus1]
[Chorus2]

[Outro]
Bertegur sapa berpada pada
Sesama kita
Setahun sekali kita jumpa
Jaga tutur kata