Catatan Rindu (OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta) Lyrics

Original

Toi - Catatan Rindu (OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta)



Lyrics:

Jika kau secalit lukisan
Tidak akan ku hindari
Meski untuk secebis hari

Akan ku papar pada alam
Dingin kelopak kasihmu
Menitis madu rahmatNYA
Dalam hikmat pencipta

(pre-korus)
Kerana setiap bernama kerinduan
Ada di sebalik tirai nostalgia
(korus)
Jika kau setitis tinta biru
Lautan terhampar berbusar buih



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/toi/lyrics/catatan-rindu-ost-bukan-kerana-aku-tak-cinta] Cinta kita di bendung gelora
Namun camar tetap menyapa
Sambil seloka sepasang pengunjung
Di pesisir pantai membina istana
Impiannya adalah cita kita
Tekad menentang badai

Jika kau selembar daun gugur
Di taman firdausi ini
Mestikah ku sisipkan lagi
Pada jaringan ranting yang lain
Jika kau mengerti
Pertemuan itulah perpisahan

(ulang pre-korus)

(ulang korus)