Pesan Abah Buat Amina Lyrics



Lyrics:

Lagu: Lutfi Voice of Men, Fathul Voice of Men
Lirik: Lutfi Voice of Men
Penyanyi: Voice of Men
Muzik: Rosli Ahmad

Sayang abah Amina Arissa,
Senyumlah oh senyumlah,
Bawalah bersama segala bahagia,
Sembuhkan jiwa lara.

Sayang ibu Amina Arissa,
Lihatlah oh lihatlah,
Betapa melimpah nikmat milik kita,
Indahnya di mata namun tidak kekal selamanya.

Sayangku dengarlah kata-kataku,
Ku lihat pada wajahmu kebahagiaanku,



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/voice-of-men/lyrics/pesan-abah-buat-amina] Membesarlah sihat sempurna,
Jadi permata berharga hiasi diri ke arahnya,

Pesan abah buat Amina.
Sayang abah yang bernama Amina Arissa,
Hadiahkanlah senyuman istimewa,
Kerana senyumanmu bisa menenangkan,
Oh jiwa oh minda,
Oh jiwa dan raga,
Jangan dijatuhkan air matamu sayang.

Sayang ibu Amina Arissa,
Lihatlah oh lihatlah,
Betapa melimpah nikmat milik kita,
Indahnya di mata namun tidak kekal selamanya.

Tidak mengapa sayang andai rebah di pertengahan jalan,
Semua hanya warna-warna yang mencorak kehidupan,
Tiada yang sempurna fitrahnya manusia,
Walau sukar ujiannya ingat Dia sentiasa.