Mandatori Lyrics



Lyrics:

Jam enam lima belas minit pagi
Dia bangkit setelah azan
Subuh memecah sunyi
Tangannya digari kelibat ibu jauh sekali
Mungkin tidak akan berjumpa lagi

Dia meratap baju putih atas pangku
Sedarnya akan dosa masa lalu
Tak mampu untuk putarkan
Semula waktu itu
Waktu dia dan abang
Bermain dengan peluru

Waktu dia sedar abang
Bernyawa dalam sendu
Waktu dia dan abang
Berjuang tanpa hala tuju
Waktu itu semuanya sudah berlalu

Pekat darah mengalir pekat
Lagi derita ditanggung
Sesal tidak sudah rayuan menggunung
Kini mandatori menunggu di penghujung
Dia mendongak kelangit
Lalu terus mendayung

Dia...
Maafkan ampunkan segala
Salah dan silap darinya
Tidakkah...



[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/yaph/lyrics/mandatori] Manusia itu sering
Sekali lupa dan terleka

Begitulah kehidupan
Tak banyak yang dizahirkan
Hanya diri membezakan
Tingkah laku perbuatan
Bukan mudah untuk teruskan perjalanan
Bila sudah terjerat
Diri di muka pengadilan

Yang lepas jadi memori dalam keratan
Suratan impian impikan hidup lumayan
Malangnya tidak berbau
Merana tanpa restu
Mencari telapak kaki ibu

Cari mencari persegi
Persepsi konklusi kondisi
Akal terkawal dikawal
Perihnya fizikal dan mental
Optimistik futuristik bukakan
Pintu hati biar terus celik

Sempurna...
Semuanya tidak akan sempurna
Jika sering lupa dan sering leka
Dia...
Maafkan ampunkan segala
Salah dan silap dari nya
Tidakkah...
Manusia itu sering
Sekali lupa dan terleka