Terserah Pada Takdir Lyrics



Lyrics:

Dahulu kau hadir bak rembulan terang
Menyuluh malam mendamikan ruang
Di dadaku bersemi cinta yang gemilang
Namun kau memilih bayang masa silam

Hatiku ini pernah kau miliki
Setiap denyutnya menyeru namamu lagi
Namun cintamu bagai ombak di laut sapi
Datang memukul lalu pergi tak kembali

Kau hilang tanpa pesan tanpa kata
Meninggalkan jiwa ini dalam derita
Aku berjalan sendiri merawat luka
Bersandar pada takdir mencari makna

Berjalan ku sendiri di lorong yang sepi
Cuba merawat jiwa ini yang hampir mati
Tiada dendam hanya redha yang ku cari
Hati ini belajar kuat meski derita tak henti

Berbulan ku lawan bayangmu dalam kepala
Tiap kenangan macam duri dalam jiwa
Aku sendiri berteman rindu dalam luka
Doa setiap malam minta hati ini redha

Wahai sri kandi pernah kau jadi madah
Lukisan hatiku puisi tak berhelah
Cinta ini ku tulis pada lembaran jernih
Namun kau mendakap bayang yang telah perih


Ku ibarat sang helang terbang tinggi
Mencari sinar di awan janji
Namun kau tenggelam di samudera silam
Meninggalkan aku dalam resah yang kelam

Hatiku ini pernah engkau miliki
Setiap denyutnya menyeru namamu lagi
Namun cintamu bagai ombak di laut sepi
Datang memukul lalu pergi tak kembali




[lyrics was taken from http://www.lyrics.my/artists/apit-tearra-a-pit/lyrics/terserah-pada-takdir] Kini kau datang membawa bicara
Mahu kembali ke kisah yang lama
Namun lukaku berdarah tiada terubat
Cinta itu sirna hanya tinggal sunyi pekat

Datangmu kini dengan janji merayu
Namun hatiku bukan tanah yang mahu
Benih kasihmu takkan bersemi lagi
Hanya persahabatan yang mampu kuberi

Jujurku masih sayang ku masih rindu
Lantaran itu bukan mudah untukku
Menerima kembali cintamu dulu
Yang pernah kelam dan keliru

Lidahmu melafaz janji yang pernah rapuh
Tapi hati ini telah belajar sembuh
Duhai kasih aku tak mampu lagi
Merasa sakit terulang lagi

Kita pernah jadi pelangi selepas hujan
Namun badai itu tak dapat dilupakan
Aku tak mahu mengulang tangisan yang pedih
Jadi temanlah walau hatiku sedang merintih

Jika kau sudi perbaiki garis takdir
Kita bina jalan baru tanpa getir
Kuterima kau hadir sebagai teman
Memperbaiki silap lalu tanpa dendam yang tertanam

Usahlah tangisanmu menjadi racun
Kerna maafku telah lama menjadi embun
Namun luka lalu bukan mudah dipadamkan
Aku hanya mahu jalan yang tidak dipertaruhkan

Kini kau hadir membawa harapan
Namun hatiku sudah belajar dari yang rawan
Masih aku menyayang tapi cukup sekadar teman
Biar tuhan yang menulis sambungan

Ku sulam kasih dengan benang emas
Cukup kasih kita antara teman
Tak mahu lagi rasa cinta ini lemas
Takdir biar tuhan yang aturkan jalan